Thursday, 1 August 2013

Imma Loner Child :')

nampak tittle yang the end dia smile tak bape nak ikhlas tu, hoho. I'm gonna tell you the loner child, siapa? aku lah . hukhuk, tetiba rasa nak cerita pasal childhood life lak. maybe some of peps kat dunia ni ada chilhood life yang sangat awesome kan, but its differ from me. aku takde la nak kata aku punya childhood gila tak best, but lil bit lack la dia punya awesomeness tu. since kecik lagi aku ni tak bape nak pandai communicate dengan orang, so in another means aku tak reti nak berkawan dengan orang, totally differ dari kakak aku yang mulut macam kucing miang dok mengiau tak tentu hala tu. haha, dia kuat bercakap and mesra orangnya. different giler dengan aku yang hidup dalam dunia aku sendiri, with books and family je. aku admit yang aku nerd dulu, dulu okay dulu mase aku skolah rendah la. gila lack confident time tu, nak beli barang kat kedai pun tak berani. see, baik tak payah hidup. haha. but bila aku kawan dengan sorang budak ni, nama dia noorfadilah binti Nordin. totally aku berubah, sebab dia ni kira dak gangster plus kasar dalam kelas aku, taktau la mcm mana aku end up kawan ngan dia. aku pun terinfluence lah dengan dia, so dari budak yang skema nak mati tu bertukar jadi budak yang mulut tak berenti becakap plus acah acah gangster gitu. haha, disebabkan dia la aku gain confidence tau. thanks maa lovely friend if aku tak jumpa kau maybe sampai ke hari ni aku dok pakai spek tebal plus beg skola besar gedabak letak suma buku dalam beg tu. hoho, ohhh talking about loner, yes i am a loner. I meant kat umah je la, maksudnya aku takde kawan kat rumah, kat sekolah tu belambak dah boleh jual selonggok seringgit dah. tak silap aku mase aku darjah 3 aku join venture geng geng kakak aku, memang tak leh masuk. dorang suma dah besar besar an, tak besar mana pn tua setahun dua je dri aku. haha, tpi dorang jenis makhluk gatal, nampak lelaki je batak, tapi akak aku and several of them tu tak la yg several lagi macam tu hehe. aku ni kan acah acah nerd dulu, so tak leh ngam la dengan dorang. and finally aku buat decision aku nak dok umah je, lantak la takde kawan pun pedehal*ayat sedapkan hati*. so, bila time terawih bulan puasa kan, ramai kanak-kanak riang sebaya aku solat, *sebenarnya dorang tak solat sangat lebih kepada bermain batu seremban dan buat bising hehe*. aku kan takde kawan so aku end up berdamping dengan mak aku, mana mak aku sembahyang situlah aku ada. budak baikkan, aku tak buat bising pun. orang solat, aku solat. kadang-kadang jealous jugak la awoks sorang je takde kawan hukhuk. then, tetiba time aku tengah khusyuk nak solat, sorang mak cik ni datang kat aku suruh solat kat belakang sebab masa tu umo aku 11 thun kan, aku ni dah la tak penah berenggang dengan mak aku, dia suruh pulak aku solat kat belakang, errrm aku pegi la, sambil nak mengangis tau. tak khusyuk aku solat*cengeng gila budak ni*. and sampai aku dah besar aku tetap solat sebelah mak aku, aku boleh je solat kat tmpat lain, tapi aku nak solat jugak sebelah mak aku still hayat aku masih ada. lantak la org kata aku dah besor ke pi mampuih sana haha, aku solat sblah mak aku bukan sebelah pakwe aku *pakwe pun takde, imaginasi lebih minah ni haha*. okay la, sampai disini saja yaaaah. aku post ni sbb baru balik terawih and suddenly tertengok pulak sorang budak ni dengan mak dia, diam je dia. totally resemble me, masa aku kecik dulu. p/s : dik, nanti dah besar jadi macam akak tau. tak buat bising, tak bagi masalah kat society pun hehe. perasan derr ~ the loner kid
sedikit

The sombong Me.

tittle undang kontroversi. sombong ? me ? erm, sebenarnya mana ada. aku tak sombong la. actually lots of people undergoes this kind of behaviour which is, act differently in front of strangers and friends. mostly people especially strangers akan anggap aku ni sombong gila nak T_T . hoho, bukan strangers je, orang yang tak berapa nak rapat dengan aku pun akan simply think aku ni snobbish gila. sebabnya aku susah nak senyum and tak cakap banyak sangat. tak cakap banyak sangat ? susah nak senyum ? ni kalau truth friends yg bace kompem kena ambush habis habisan, sebab aku ni orang paling banyak becakap, and paling banyak senyum and gelak dengan org yg rapat dengan aku and kawan kawan. sape yg sekelas dengan aku tau la peragai aku macam mana. actually, aku tak reti nak bermesra dengan orang, it's take quite long time for me untuk aku beramah mesra dengan new peps. aku malas nak hipokrit bagai acah-acah peramah gitu, kalau aku malas nak cakap sepatah je aku cakap. tu untuk strangers je la. mybe jiran tetangga pun fikir aku sombong, aku sekadar senyum sikit je ngan makcik makcik kat umah aku ni, nak besembang tu memang tak lah kan sbb aku tak reti nak sesuaikan sesuatu topik dengan umur someone tu, nak fikir apa pun fikirlah manusia memang suka berfikir kan, so aku tak kesah lah dorang nak cakap apa sebab i know myself very well. if aku sampai kat tempat baru first impression dorang mesti aku ni sombong, ni citer time matrik la, dapat pulak roomate yang memang sebijik mcm perangai aku hambek kau, satu bilik kena cop sombong. and one girl ni nama dia, Husna. bilik dia satu wing dengan aku one day tu dia masuk bilik aku sebab dia classmate iera, roomate aku. so dia tegur la aku, then start dari haritu aku tegur dia everyday kot, and dia cakap. "aku pikiaq hang ni sombong naa, bila dah kenai smpai aku nak pi mandi pun hang nak tegoq aku". see, mana ada aku sombong, cuma aku tak reti nak start conversation jee. mase first time, masuk kelas pun sama everyone fikir aku ni sombong and garang. ye la first masuk kelas plus aku seteressss pulak first time dok jauh dri family mana ada mood nak senyum tesengeh bagai so aku pun buat je la muka ketat aku tu. hehe, but bila dah lama sikit and everyone was like know each other kan, suma kata aku ni tak reti nak serious and diam. see the different ? so pendek kata, panjang tak kata apa apa *copy sikit ayat johan hoho* don't judge the people by the way of their treats you. choii, buat peribahasa sendiri. well budak sasterakan *bangga sikit. hehe. dan tak lupa jugak muka aku yang sedia ada garang ni, especially bila time tengah serious study and buat keja, memang muka aku time tu 100% macam nak makan orang. huhu dah la muka garang tak reti senyum memang kenalah cop sombong, padan muka kau JAAAA . ape ape pun, aku jadi diri aku sendiri janji aku tak kacau orang, kans kans *kening up sikit. hoho. k la as salam :)

Thursday, 11 July 2013

HEYYYOOUHLALALALALA'S

hangpa suma nampak tak tittle yang macam nak makan penampor tu, hikhoks ~ actually, aku nak citer psal life aku after SPM . *sbnarnya takde spe pun interested nak bace . after memperolehi eh memperoleh . eh mana satu ni, choiiii ni makan dia bila dah lama tak blajar BM . whateva, after aku dpt result SPM yg sangat cemerlang tu. puihh, cmerlang sgt. takde la, result aku yg sedang-sedang saja *joget sikit, ewaaah ~. aku dpt offer matrik and universiti. matrik aku dpt kat changlun, thailand kau aku dpt. haha, correction sempadan je pun. universiti aku dpt dip food tech kat Pilah, nogori sembilan. sebenarnya, aku nak sangat diploma microbiology but ape kan daya, drang tak nak terima aku ni, sombong kau UITM dengan aku, haha gurau-gurau. disebabkan itulah aku dengan angkuhnya amik matrik. angkuh sangaaaat ~. orang kata matrik ni pilihan terakhir SPM leaver, kiranya tak bape nak mantop ar lau masuk. eh pedehal? byak sangat citer. orang dok nengok je kau ni pun!, tu la typical Malaysian, banyak mulut. ada la jugak mak-cik mak-cik hotsentap dok cakap dengan aku macam ni bunyinya "bole survive ke kau kat sana?". and as a result aku tak mati pun dok kat matrik tu. seyes best giler kot matrik, kawan-kawan sume sekepala ngan aku. dulu aku ingat dak-dak yang masuk matrik ni sume stok nerd-nerd je, sekali ada lagi yang lagi mereng dari aku. aku dapat kat changlun ni pun dengan 3 orang lagi kawan aku yang mulut pun Joyah jugak macam aku. giler kau, kat cafe tu mulut kitorang je bebunyik, kalau dapat gelak nauzubillah, langsuir pun lari. tapi, yang bestnya dak matrik ni tak amik kesah pun. ade satu je aku anti dengan matrik ni, tak dapat nak membongkang, upsss sorii maksud aku tido, banyak gila keja sangat havoc okayyy. tp, lama-lama dah biasa dah. kat sini la aku belajar cakap loghat kedah, dorang dok kutuk aku je, sbb bunyi macam siam. memang la, dah aku ni lidah selangor, masuk kedah hambek kau, bahasa thai pun keluar. nak diringkaskan, pas matrik aku dpt tawaran pegi UPM, bachelor microbiology. oh mak kau, gila tak bahagia. dulu aku nak gila course tu, sekarang dapat. aku harap aku dapat perform well dekat UPM, korangs doakan okay :) . UPM ada rusa, lembu, ayam . siyes best haha. kalau lembu kat sana hilang, salah dorang, yg pasti BUKAN AKU . hoho